Akar banir
Akar banir

Akar banir

Pokok banir ialah akar yang panjang dan luas di semua sisi pokok berakar cetek. Biasanya, akar ini dijumpai di tanah hutan tropika yang kurang nutrien. Akar ini menghalang pokok dari tumbang sambil juga mengumpul lebih banyak nutrien. Akar banir ialah tegang, lebih besar di sisi luar daripada tekanan sudur tidak simetri.[1] Akar tersebut boleh saling melilit dengan akar banir dari pokok yang lain dan mencipta jaringan yang rumit, yang boleh membantu menyokong pokok sekelilingnya. Akar ini boleh tumbuh hingga 30 kaki (9.1 m) tinggi dan menyebar 30 meter di atas tanah kemudian 30 meter lagi di bawah. Apabila akar tersebar mendatar, akar banir dapat meliputi kawasan yang lebih luas untuk mengumpul nutrien. Akar ini kekal berdekatan lapisan tanah atas kerana semua nutrien utama dijumpai di sana.[2]